Tuesday, 22 November 2016

Ikhlas

Assalamualaikum

Dear Blog,

Baru2 ni aku berpeluang untuk bertemu dengan beberapa orang guru, fresh graduates, dan aku sangat meletakkan harapan yg begitu tinggi untuk mereka ini. Why? Simply because they had what I really want years ago - diploma atau degree in education. How I really wanted to become one of the government teachers, Why? Sebab aku tahu aku akan berpeluang untuk mengajar di pedalaman.

Jadi, aku sangat menghormati guru2 yg berkelulusan ini. Malangnya, aku silap. jika 10 orang guru yg mempunyai kelulusan ini, boleh dikatakan hanya 2 orang yg benar2 mahu menjadi guru. To my surprise, aku terima pelbagai alasan. Soalan aku sungguh mudah. Jika tidak berminat, mengapa memohon?

Dan, jawapannya juga mudah. Parents yg suruh jadi cikgu. Ataupun jadi cikgu senang, balik awal. Ataupun jadi cikgu ada cuti banyak. Ataupun dah tiada kos yang sesuai dengan keputusan.

Allah.. sedih sangat. Bertungkus lumus aku berusaha agar aku layak menjadi guru walaupun tiada kelulusan dalam bidang pendidikan. Sana sini aku memohon jawatan ini. Aku tidak hirau kan gaji. Walaupun aku tahu jika aku masih bekerja mengikut kelulusan yang aku ada, i will get more. Tapi itu bukan apa yang aku cari.

Seperti tajuk di atas, for me, kunci utama menjadi seorang guru adalah IKHLAS. Ikhlas mengajar. Ikhlas menyayangi. Ikhlas semasa mendisiplin. Sesungguhnya ikhlas itu cabaran besar. Yang kita ajar itu bukan siapa2. Bukan anak, bukan keluarga. Jadi ikhlas itu untuk siapa? Untuk tuhan dan untuk kita.

The beauty of being a teacher, hanya seorang guru yang ihkas sahaja akan rasa. Aku sedang bertungkus lumus untuk menanam sifat ini dalam diri.

Pada awal2 pengajaran dahulu, aku sangat garang. Sebab sangkaan ku dengan menjadi seperti itu para pelajar akan takut dan mendengar kata. Aku silap. Ya, mereka mendengar kata. Tapi mereka takut. Tiada kasih sayang di situ. Aku tidak mahu itu. So, aku cuba method baru. Berbincang. Setiap kesalahan yg mereka lakukan aku akan cuba berbincang dan bertanya. Aku dengar alasan mereka dahulu. Kemudian baru aku buat keputusan. Aku sudah jarang menjerit lagi. No more Ms Tarzan in class. Hahaha. It worked! Mereka jadi lebih rapat dan mereka jadi lebih berani untuk membela diri. They can speak English now! Sebab nak atau taknak, mereka dipaksa bertutur menggunakan English dengan aku. Jadi, nak report mesti kena ckp English kan? So, mereka improved. Aku kan mengajar primary students. Jadi bila melihat mereka membela diri tu, memang lawak dan comel sangat. Terhibur hati ni. Hilang stress.

Nasihat aku buat bakal graduan atau graduan dari bidang pendidikan, tanamkanlah sifat ikhlas dalam diri kalian. Sebagai pendidik, kita bukan sahaja mendidik anak2 ini di dalam kelas, tetapi kita adalah pendidik untuk melahirkan generasi akan datang. Siapa mereka pada masa hadapan, kita berpeluang mencorakkannya. Dan buat mereka yang sebenanrnya mahu bergelar pendidik, tetapi tiada kelayakan yang sepatutnya, jangan putus asa. Masih ada caranya. Jangan putus asa dan mesti sentiasa bertanya.

Salam sayang dari guru yang sentiasa mencuba.

No comments:

Post a Comment